Apa Makna Tamadun?

Tamadun org putih kata 'civilization'. dalam bahasa inggeris berasal dari bahasa Greek civitas yang bermaksud bandar. Org Arab definisikan tamadun ni sebagai maddana, mudun, madain yang bererti pembukaan bandar atau masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan rohaniah. Itu apa yg diorg kata psl tamadun ni.

Orang putih kata tamadun sesebuah bangsa ni di ukur dari segi pencapaian lahiriah(material). maknanya kita tengok bangunan diorang ni macam mana, diorang punya teknologi ni macam mana. hebat atau tidak.tetapi hal ini berbeza dengan orang2 islam. orang2 islam mengukur tamadun ni berdasarkan pada pencapaian moral sesebuah bangsa yang bertamadun itu.bukan hanya dari segi pencapaian lahiriah semata-mata.orang islam lebih kepada moral sesebuah bangsa itu sendiri.
itu tamadun pada pandangan mereka.

Saya ingin ceritakan sesuatu yang mungkin kita semua dah tahu, tapi mungkin masih ada lagi yang tidak tahu. hanya sekadar peringatan kepada kita semua.

Pada zaman jahiliah sebelum kelahiran Nabi Muhammad saw. Bangsa Arab dianggap tidak bertamadun. Mereka melakukan keganasan diluar tabii manusia. Sebenarnya mereka bukan tidak bertamadun langsung seperti org zamnan batu. Mereka bertamadun dari segi lahiriah(material). mereka tahu bina bangunan,tahu menternak, tahu berniaga. Mereka bertamadun dr segi lahiriahnya. tapi tidak pada moralnya. Moralnya tidak bertamadun. lebih jijik daripada haiwan.
anak perempuan ditanam hidup2 kerana dianggap membawa sial. menyembah berhala yang mereka sendiri cipta. Kebodohan mereka ini diubati dgn cahaya nur hidayah Allah swt yang disampaikan melalui Rasulnya Nabi Muhammad saw. hasilnya mereka menjadi bangsa yang sgt hebat dalam lipatan sejarah selepas kedatangan islam. mereka berjaya mencipta tamadun yang sangat hebat sehingga hari ini tidak ada tamadun lain yang mampu mencapai kejayaan yang lebih besar daripada mereka.

Tapi....
Cuba kita lihat hari ini..bangunan kita tinggi2 belaka.....
ramai antara kita yang bijak pandai......
tapi kenapa....



ADA ANTARA KITA YANG LAGI KEJI DARI MEREKA YANG JAHIL?SEDANGKAN KITA TAHU IBU DAN AYAH ADALAH YANG UTAMA SELEPAS ALLAH SWT DAN RASULULLAH SAW?




MEMBUANG DARAH DAGING SENDIRI SELEPAS MELAKUKAN DOSA?MELARIKAN DIRI DARIPADA TANGGUNGJAWAB?SEMUDAH ITU?

WAHAI KAUMKU....
dengarlah sabda Rasulullah saw ini..
mungkin saya tidak dapat menulis sabdanya dengan setepat2nya..maafkanlah saya..ilmu saya tidaklah setinggi mana..
Rasulullah saw bersabda kepada sahabatnya : Pada akhir zaman ini, UMATKU akan KEMBALI kepada keJAHILan....

sedarlah wahai saudaraku...
apakah yang akan menyelamatkan mu daripada azab api neraka yang sangat pedih?
fikir2kanlah....

Sesungguhnya BAHAN BAKAR api NERAKA itu adalah daripada batu dan MANUSIA yang ingkar kepadaNYA..